Islamic Clock

Tuesday, November 23, 2010

Orang bukan Islam, "Allah" dan salam


Assalamualaikum saudara saudara ku.. Alhamdulillah masih dipanjangkan umur untuk membuka laptop serta masih lagi diberi kekuatan untuk menaip  w'pun demam(I'Allah moga dihapuskan dosa2 kecil lalu).. Pada petang tadi sy dan adik kesayangan sy Aqlima,pergi la ke pasaraya di kota bharu tak lain tak bukan KB Mall la.. hehe..  Sy terserempak dengan kawan satu kolej sy,non muslim. Apalagi mereka tegur sy.. “Allah Aiman,lama xjumpa.. Assalamulaikum..”. Nak dijadikan cerita akibat sy ni sudah terkenal dengan sifat mudah lupa(Ya Allah,Kuatkan Ingatanku) maka sy xtau nk jawab mcmmana salam mereka,so sy diam la. Huhu.. balik je rumah terus belek buku. Jom! kita hayati bersama untuk pedoman bersama di hari muka.. I’Allah..



Hukum orang bukan Islam menyebut kalimah “Allah” bergantung kepada sebab mereka menyebutnya. Jika menyebutnya dalam rangka mengiktiraf bahawa Allah adalah tuhan bagi alam ini dan segala isi kandungnya, maka ia dibolehkan dan kita disuruh menjawab “Alhamdulillah.” Hal ini pernah berlaku di kalangan orang-orang musyrik pada zaman Rasulullah s.a.w.:



Dan sesungguhnya jika engkau (wahai Muhammad) bertanya kepada mereka (yang musyrik) itu: “Siapakah yang menciptakan langit dan bumi?” Sudah tentu mereka akan menjawab: “Allah.” Ucapkanlah: “Alhamdulillah.” Akan tetapi (sayang sekali) kebanyakan mereka (orang musyrik) tidak mengetahui (hakikat tauhid dan syirik). [Surah Luqman, ayat 25]. Alangkah sedihnye.. T.T



Jika mereka menyebutnya dalam rangka mencerca Allah, maka Allah s.w.t. telah berfirman: “Dan janganlah kamu cerca benda-benda yang mereka sembah yang lain dari Allah, kerana mereka kelak, akan mencerca Allah secara melampaui batas dengan ketiadaan pengetahuan.” [Surah al-An’aam, ayat 108]



Ayat di atas menunjukkan bahawa mencerca Allah oleh orang bukan Islam adalah dilarang sehingga dengan itu kita dilarang melakukan sesuatu yang akan menyebabkan mereka bertindak sedemikian. Jika mereka yang terlebih dahulu mencerca Allah, maka hendaklah kita menegah mereka, bukan dengan mencerca tuhan-tuhan mereka tetapi dengan penjelasan yang hikmah lagi bijaksana.



Ada pun hukum menjawab salam mereka, maka ia dituntut. Rasulullah s.a.w. bersabda: “Jika ahli kitab (Yahudi dan Kristian) mengucapkan salam kepada ke atas kalian, maka jawablah “Wa ‘alaikum” (yang bermaksud “Ke atas kalian juga.”)” [Shahih Muslim, hadis no: 2163] 



Alhamdulillah.. I’Allah lain kali xkan terdiam dah la.. betul juga kalau kita tak tau lebih selamat kalau diam tapi sekarang dah tau so mudah la lain kali.. I’Allah.. Tapi yang paling utama sebarkan salam sesama kita… Assalamualaikum..

No comments:

Post a Comment