Islamic Clock

Tuesday, November 23, 2010

"Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh"


Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,selamat bertemu kembali .. Alhamdulillah,berkat doa semua sy sudah sembuh.. I’Allah sembuh luaran serta dalaman.. Alhamdulillah bangun je pagi hari ni terus solat subuh(maklumlah terlewat dari biasa) dan aktiviti biasa di pagi hari iaitu menolong mak sy hantar kuih ke gerai gerai.. kami bukan orang senang tpi Alhamdulillah kami bersyukur sebab rezeki Allah tak putus putus..
Pagi ni sejuk bukan main.. fuh.. nasib baik pakai baju sejuk..  macam biasa nak hantar kuih ni mesti jumpa nga orang kampong.. so,apalagi bagi la salam.. “Assalamualaikum pokcik”.. “w’salam,ata kue me?” biasa la “loghat kelate” hehehe.. Alhamdulillah.. dapat doa dari ‘pokcik’..  percaya tak yang salam itu ialah doa? ucapan salam itu satu do'a kerana makna salam itu ialah ucap selamat kpd sesama muslim. (Imam Nawawi, al-Majmu'). Jadi mari kita sama mendoakan kesejahteraan  saudara saudara kita.
Berbalik kepada doa,bolehkah kita  berdoa  kepada orang non-muslim?? Boleh.. menurut  fatwa Imam Nawawi(Fatawa Iman Syaraf Nawawi)
·        ucapan salam itu satu do'a kerana makna salam itu ialah ucap selamat kpd sesama muslim. (Imam Nawawi, al-Majmu')
·        Boleh menziarahi mayat dan kubur orang kafir tapi tidak boleh mendo'akan untuk ruhnya.
Jika jawaban no 1 adalah benar dan jawaban no 2 adalah tidak boleh, bagaimana hukumnya kita mengucap "Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh" kepada umum contohnye dalam kelas yang terdiri dari orang islam dan orang non muslim? Bukankah salam ini mendoakan kesejateraan? Lagi pun menurut Fatwa Imam Nawawi: lafaz salam itu adalah khusus untuk muslim sahaja, harus digunakan untuk muslim sahaja dan ucapannya dianggap ibadah dans syi'ar perpaduan dan hubungan kasih sayang di antara mereka. Seperti di Institut pengajian sy,kelas sy terdir dari beberapa pelajar non muslim. Bolehkah kita bagi salam? Jawapannya boleh..  Ini kerana menurut Hadis Riwayat Bukhari-Muslim dari Usamah,Bahawa Nabi Muhammad saw mengucapkan salam kepada majlis yg becampur dengan yahudi. Jadi,sebarkan la salam.. masuk je kelas beri la salam.. I’Allah..
Tapi macam biasa lah pelbagai ragam umat manusia. Seperti yang terjadi pada sy dulu,non muslim dalam kelas sy ni macam tertarik je dengan islam(mudah  mudahan I’Allah) suka je buat apa yg kami orang islam buat dan contoh yg paling ketara ialah memberi salam. Kawan sekelas iaitu non muslim masuk dalam kelas dengan mengucapkan” Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh semua”.. Aduish,lengkap.. tapi sayang non muslim.. so,nk jawab tak? Jawab ape? Diam? Hehe,diam je la sy(Ya Allah,kuatkan ingatan ku). "Yahdikumullah" (semoga Allah memberi petunjuk kepadamu). Hadis Riwayat Mukhari-Musli dari Anas ra: "Apabila ahlil kitab memberi salam kepada kamu, jawablah 'wa'alaykum' (“Ke atas kalian juga”)
Alhamdulillah semoga post ini sedikit sebanyak memberi manfaat kepada kita semua.. “sampaikan dariku walau satu ayat”. Kepada saudara saudaraku sebarkan lah salam sesame kita. I’Allah sama sama mendoakan kesejahteraan kita.. Apa yang baik datang dari Allah,yang lemah dari sy sendiri.. semoga berjumpa lagi.. Assalamualaikum Warahmatullahi Wabarakatuh…

No comments:

Post a Comment