Islamic Clock

Wednesday, January 12, 2011





Aku putus harapan
Keliru memikirkan pada siapa harus kusandarkan
Bicara hati ini yang sangat merunsingkan
Pada-Mu oh Tuhan ku mohon pimpinan

Telah sekian lama kusemaikan
Cinta dan kesetiaan hanya pada insan
Namun kini yang ku tuai hanyalah kesedihan
Dilukai oleh cinta yang memeritkan

Aku diburu kenangan silam
Di kala leka dibuai percintaan
Tiada ku sedar apa yang aku lakukan
Semuanya tersasar dari landasan

Ya Allah telah kumungkiri janji-janji pada-mu
Ya Allah telah kukhianati segala amanah-Mu
Bagaimanakah untuk ku kembali kembali pada-Mu
Mendapatkan kepercayaan Mu oh Tuhan
Masihkah ada ruang untukku...........

Tuesday, November 30, 2010

10 tanda 'dia' jodoh kita..




Firman Allah SWT, bermaksud "Jika kamu menolong (agama) Allah, nescaya Dia akan menolongmu dan meneguhkan kedudukanmu" (Surah Muhammad, ayat 7)



Gunakan seluruh pancaindera



Jodoh adalah perkara yang sudah ditetapkan oleh Allah yang maha Esa. Tetapi bagaimana kita mengetahui dia memang ditakdirkan untuk kita? Allah SWT mengurniakan manusia telinga untuk mendengar, mata untuk melihat dan aka untuk berfikir. Jadi gunakan sebaik-baiknya bagi mengungkapkan rahsia cinta yang ditakdirkan. Dua manusia yang rasa mereka dapat hidup bersama dan memang dijodohkan pasti memiliki ikatan emosi , spiritual dan fizikal antara keduanya. Apabila bersama, masing-masing dapat merasai kemanisan cinta dan saling memerlukan antara satu sama lain. Lalu gerak hati mengatakan, dialah insan yang ditakdirkan untuk bersama. Benarkah ia seperti yang diperkatakan?





Berikut adalah 10 petanda yang menunjukkan dia adalah jodoh kita.





1.Bersahaja





Kekasih kita itu bersikap bersahaja dan tidak berlakon. Cuba perhatikan cara dia berpakaian, cara percakapan, cara ketawa serta cara makan dan minum. Adakah ia spontan dan tidak dikawal ataupun kelihatan pelik. Kalau ia nampak kurang selesa dengan gayanya, sah dia sedang berlakon. Kadang-kadang, kita dapat mengesan yang dia sedang berlakon. Tetapi, apabila dia tampil bersahaja dan tidak dibuat-buat, maka dia adalah calon hidup kita yang sesuai. Jika tidak, dia mungkin bukan jodoh kita.





2.Senang bersama





Walaupun kita selalu bersamanya, tidak ada sedikit pun perasaan bosan, jemu ataupun tertekan pada diri kita. Semakin hari semakin sayang kepadanya. Kita sentiasa tenang, gembira dan dia menjadi pengubat kedukaan kita. Dia juga merasainya. Rasa senang sekali apabila bersama. Apabila berjauhan, terasa sedikit tekanan dan rasa ingin berjumpa dengannya. Tidak kira siang ataupun malam, ketiadaannya terasa sedikit kehilangan.





3.Terima kita seadanya





Apapun kisah silam yang pernah kita lakukan, dia tidak ambil peduli. Mungkin dia tahu perpisahan dengan bekas kekasihnya sebelum ini kita yang mulakan. Dia juga tidak mengambil kisah siapa kita sebelum ini. Yang penting, siapa kita sekarang. Biarpun dia tahu yang kita pernah mempunyai kekasih sebelumnya, dia tidak ambil hati langsung. Yang dia tahu, kita adalah miliknya kini. Dia juga sedia berkongsi kisah silamnya. Tidak perlu menyimpan rahsia apabila dia sudah bersedia menjadi pasangan hidup kita.





4.Sentiasa jujur





Dia tidak kisah apa yang kita lakukan asalkan tidak menyalahi hukum hakam agama. Sikap jujur yang dipamerkan menarik hati kita. Kejujuran bukan perkara yang boleh dilakonkan. Kita dapat mengesyaki sesuatu apabila dia menipu kita. Selagi kejujuran bertakhta di hatinya, kebahagiaan menjadi milik kita. Apabila berjauhan, kejujuran menjadi faktor paling penting bagi suatu hubungan. Apabila dia tidak jujur, sukar baginya mengelak daripada berlaku curang kepada kita. Apabila dia jujur, semakin hangat lagi hubungan cinta kita. Kejujuran yang disulami dengan kesetiaan membuahkan percintaan yang sejati. Jadi, dialah sebaik-baik pilihan.





5.Percaya Mempercayai





Setiap orang mempunyai rahsia tersendiri. Adakalanya rahsia ini perlu dikongsi supaya dapat mengurangkan beban yang ditanggung. Apabila kita mempunyai rahsia dan ingin memberitahu kekasih, adakah rahsia kita selamat di tangannya? Bagi mereka yang berjodoh, sifat saling percaya mempercayai antara satu sama lain timbul dari dalam hati nurani mereka. Mereka rasa selamat apabila memberitahu rahsia-rahsia kepada kekasihnya berbanding rakan-rakan yang lain. Satu lagi, kita tidak berahsia apa pun kepadanya dan kita pasti rahsia kita selamat. Bukti cinta sejati adalah melalui kepercayaan dan kejujuran. Bahagialah individu yang memperoleh kedua-duanya.





6.Senang Bekerjasama





Bagi kita yang inginkan hubungan cinta berjaya dan kekal dalam jangka masa yang panjang, kita dan dia perlu saling bekerjasama melalui hidup ini. Kita dan kekasih perlu memberi kerjasama melakukan suatu perkara sama ada perkara remeh ataupun sukar. Segala kerja yang dilakukan perlulah ikhlas bagi membantu pasangan dan meringankan tugas masing-masing. Perkara paling penting, kita dan dia dapat melalui semua ini dengan melakukannya bersama-sama. Kita dan dia juga dapat melakukan semuanya tanpa memerlukan orang lain dan kita senang melakukannya bersama. Ini penting kerana ia mempengaruhi kehidupan kita pada masa hadapan. Jika tiada kerjasama, sukar bagi kita hidup bersamanya. Ini kerana, kita yang memikul beban tanggungjawab seratus peratus. Bukankah ini menyusahkan?





7.Memahami diri kita





Bagi pasangan yang berjodoh, dia mestilah memahami diri pasangannya. Semasa kita sakit dia bawa ke klinik. Semasa kita berduka, dia menjadi penghibur. Apabila kita mengalami kesusahan, dia menjadi pembantu. Di kala kita sedang berleter, dia menjadi pendengar. Dia selalu bersama kita dalam sebarang situasi. Tidak kira kita sedang gembira ataupun berduka, dia sentiasa ada untuk kita. Dia juga bersedia mengalami pasang surut dalam percintaan. Kata orang, "lidah sendiri lagikan tergigit", inikan pula suami isteri'. Pepatah ini juga sesuai bagi pasangan kekasih. Apabila dia sentiasa bersama kita melalui hidup ini di kala suka dan duka, di saat senang dan susah, dialah calon yang sesuai menjadi pasangan hidup kita.





8.Tampilkan kelemahan





Tiada siapa yang sempurna di dunia ini. Tipulah jika ada orang yang mengaku dia insan yang sempurna daripada segala sudut. Pasti di kalangan kita memiliki kelemahan dan keburukan tertentu. Bagi dia yang bersedia menjadi teman hidup kita, dia tidak terlalu menyimpan rahsia kelemahannya dan bersedia memberitahu kita. Sudah tentu bukan senang untuk memberitahu dan mengakui kelemahan di hadapan kekasihnya. Malah, dia tidak segan mempamerkan keburukannya kepada kita. Misalnya, apabila dia bangun tidur ataupun sakit dan tidak mandi dua hari, dia tidak menghalang kita daripada melawatnya.Apabila kita dan dia saling menerima kelemahan dan sifat buruk masing-masing, memang ditakdirkan kita hidup bersamanya.





9.Kata hati





Dengarlah kata hati. Kadangkala, manusia dikurniakan Allah deria keenam yang dapat mengetahui dan memahami perasaan pasangannya. Dengan deria batin ini juga kita dapat saling tahu perasaan masing-masing. Kita dan dia juga dapat membaca fikiran antara satu sama lain dan dapat menduga reaksi dan tindakbalas pada situasi tertentu. Apabila kita yakin dengan pilihan hidup kita, tanyalah sekali lagi. Adakah dia ditakdirkan untuk kita? Dengarlah kata hati dan buatlah pilihan. Serahlah segalanya pada ketentuan yang maha berkuasa.





10.Solat Istikharah dan Tawakkal





Jodoh dan pertemuan semuanya di tangan Allah SWT. Manusia hanya perancang di pentas dunia ini dan skripnya ditulis oleh yang maha esa. Adakalanya, dalam memainkan peranan sebagai pelakon, diberi petunjuk melalui mimpi atau gerak hati. Mimpi memang mainan tidur, tetapi apabila kita melakukan sembahyang Istikharah dan memohon supaya Allah memberikan petunjuk, insya-Allah dengan izinnya kita mendapat petunjukNya. Jika dia pilihan kita, buatlah keputusan sebaiknya. Jika tidak, tolaklah dia dengan baik. Semua yang kita lakukan ini adalah bagi mendapatkan kebahagiaan hidup di dunia. Setelah semuanya diusahakan, berserahlah kepadaNya dan terus berdoa. Ingatlah, nikmat di dunia ini hanya sementara.Nikmat di akhirat adalah kekal selamanya.... I'Allah..

Friday, November 26, 2010

“JoDoh..”





Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh.. Saudara saudaraku sekalian siapa nak kahwin? Angkat tangan! Wow… Ramainya yang nak kawin.. Ye la,sape yang tak nak kawin kan? Dah ada calon? Wah..!! Bestnye kalau dah ade calon.. Bahagianya rase.. Tapi… Haa! Kalau dah keluar ayat ‘tapi’ ni mesti ade something nak dikongsi bersama kan? Jom!
            Calon pilihan kita.. Ataupun dengan bahasa yang mudah sikit jodoh yang kita harapkan.. Jodoh pilihan hati kita.. Sebagai contoh si teruna berjumpa dengan si dara menyatakan isi hati.. “Ana menyintai nti,ana ingin melamar nti menjadi isteri ana,yang halal untuk ana,bolehkah nti tunggu ana?” lalu si dara pun tanpa disedari tubuh badannya merembeskan hormon Phenylethylamine yakni menurut kajian merupakan hormon yang menyebabkan kaum wanita merasa happy,gementar,malu dan sebagainya terhadap crush nye.. Apalagi,jawab la si dara tersebut “I’Allah,ana akan jaga hati ana ni untuk nta,ana akan tunggu nta”.. Wow!! Romantisnya..
            Yakinkah kita pada janji janji yang tanpa ikatan yang sah? Adakah kita betul betul pasti yang memang dia jodoh kita? Soal jodoh ni kerja kitakah? Kita kah yang menentukan soal jodoh ni? Lelaki dan wanita yang tanpa apa apa ikatan yang sah dah berjanji setia. Lucunya.. Ikatan pertunangan yang menurut islam merupakan ikatan yang yang besar. Yang haram bagi  lelaki meminang mana mana gadis yang sudah dipinang. Tapi dengan hanya ikatan pertunangan masih lagi kita tidak boleh yakin 100% yang dia jodoh kita. Ikatan pertunangan boleh terputus bila bila masa bila sekali saja ditempuh ombak andai ditakdirkan Allah.
            Kita ambil contoh yang paling mudah. Haa! Tadi sewaktu saya solat jumaat di masjid,saya berada di saf yang ke dua. Di hadapan saya kosong yakni saf pertama. Dalam hati saya memang saya dapat solat di saf pertama dah kali ni tapi benar takdir penetu segalanya,saat saya nak melangkah ke hadapan,ade hamba Allah terus melangkah ke hadapan ke saf pertama di hadapan saya. Sepatutnya saya lagi berpeluang ke saf hadapan sebab saya ade hanya beberapa inci di belakang sahaja tapi takdir Allah,hamba Allah yang baru sahaja sampai terus dapat saf hadapan. Maknanya memang nama hamba Allah itu sudah tercatat pada saf pertama itu dan bukannya saya. Bukan kita yang menentukan takdir,tapi Allah. Sama la juga soal jodoh. Allah yang tentukan bukan kita.
best minum waktu sejuk.. ummmphhh

            Mari saya bagi satu lagi contoh mudah. Berkenaan saya. Sewaktu saya pulang dari masjid untuk solat jumaat tadi,cuaca panas. Apa lagi,singgah ke kedai runcit dan beli air botol sarsi. Fuh. Pegang botol saja dah terasa nikmat sejuk. Dah bayar sume dah,tggu nak bukak penutut botol je. Lepas bukak je penutut botol dan nk hala kat mulut nk minum air,hanya beberapa cm je lagi nk bersentuh dengan bibir saya. Dalam hati memang kata air ni saya dapat minum. Memang air ni akan jadi milik saya. Memang dah yakin. Tapi kuasa Allah melebihi segala galanya. Belum sempat saya minum air itu,saya tergelincirkan botol tu. Habis tumpah air,bukan setakat tumpah air,botol pun pecah. Ya Allah,Insafnye diri.
            Dengan contoh contoh tadi rasanya kita dapat simpulkan bahawa jodoh ni bukan kerja kita. Semua tu kerja Allah. Jadi kita sebagai hambanya tak perlu la susah susah mencari calon. Baik kita sama sama menjaga hati. Bercinta dengan Allah dulu,selepas Allah pinjamkan seseorang untuk kita yakni jodoh kita baru la kita berkongsi rasa cinta kita kepada Allah dan juga kepada jodoh kita. Sama sama la kita muhasabah diri kita,sama sama menasihati diri kita sama sama la kita menjadi pengemis pada cinta Allah. I’Allah.. Ingat la,wanita yang baik ialah untuk lelaki yang baik dan wanita yang keji untuk lelaki yang keji. I’Allah,semoga kita tergolong dalam orang yang baik.. I’Allah..  Apa yang baik datangnya dari Allah dan yang kurangnya adalah dari kelemahan saya sendiri..
Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh….

                                                                                                          



Thursday, November 25, 2010

"INterView PerKAhWinaN.."



Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh

Bismillah...
Hari ini kita nak wujudkan suasana Islam balik bilamana seorang fulan ingin mengahwini seorang fulanah...Mari kita hayati dialog antara:


Dari Anas bi Malik r.a meriwayatkan bahawa baginda Rasullallah s.a.w bersabda kepada seorang lelaki.

Nabi bertanya: Adakah kamu sudah berkahwin?
Beliau menjawab :
Wahai rasullallah saya belum berkahwin. Saya seorang yang miskin saya tiada harta bagaimana saya boleh berkahwin.

Nabi bertanya: Adakah kamu hafal surah Al-Ikhlas?

Beliau menjawab : Ya saya menghafalnya.

Nabi menjawab : Ia menyamai 1/3 Quran

Nabi Bertanya : Tidakkah kau menghafal surah Al-Nasr

Beliau menjawab : ya saya menghafalnya

Nabi menjawab : Ia menyamai 1/4 Quran

Nabi Bertanya : Tidakkah kau menghafal surah al-Kafirun
Beliau menjawab : ya saya menghafalnya

Nabi menjawab : Ia menyamai 1/4 Quran

 Nabi Bertanya : Tidakkah kau menghafal surah Al-Nasr

Beliau menjawab : ya saya menghafalnya

 Nabi menjawab : Ia menyamai 1/4 Quran

Nabi Bertanya : Tidakkah kau menghafal surah Izazulzilatil arhdu

Beliau menjawab : ya saya menghafalnya

Nabi menjawab : Ia menyamai 1/4 Quran

 Nabi Menyeru :KAHWINLAH KAMU KAHWINLAH KAMU

 (Riwayat Tarmizi Hadist Hasan, No: 2895)



PENERANGAN HADIST.



Maksud sabdaan nabi adalah, kalaulah kamu dapat menghafal surah-surah ini maka kamu seoarang yang kaya, oleh itu kamu boleh berkahwin.



NAMUN REALITI UMAT HARI INI BERBEZA, SANGAT KURANG MEREKA YANG MENGAMALKAN HADIST DIATAS HATTA KEPADA SEORANG HAFIZAH Al-quran APATAH LAGI BAGI MUSLIMAH JURUSAN AGAMA. MEREKA LEBIH RELA BERCINTA DARI MENGHALALKAN CINTA DENGAN IKATAN PERNIKAHAN BERMAHARKAN AL-QURAN. BAGI MEREKA BAGAIMANA BiLE HIDUP TANPA HARTA? SUBHANALLAH……


DAN KERANA ITULAH HARI INI 8 ORANG SEHARI ANAK LUAR NIKAH DILAHIRKAN SETIAP HARI!!!! DAN RIBUAN ANAK LUAR NIKAH YANG LAHIRKAN SETIAP TAHUN. DAN MALAYSIA HARI INI MEMPUNYAI LEBIH 50000 ANAK LUAR NIKAH. DAN HAMPIR LEBIH SEPARUH LEBIH DARI JUMLAH DIATAS ADALAH MUSLIMMMMMMM!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!!.


RENUNG-RENUNGKAN DUHAI SAUDARA SAUDARAKU....

"KoMuniKAsi.."



Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh,diharap para pembaca berada dalam keadaan yang diberkati Allah.. Hari ini salah seorang kawan saya terluka hatinya akibat gurauan saya.. Hanya gurauan tentang tajuk lagu saja tapi sudah terasa.. Ya Allah,berdosanya aku.. Tapi bukan tentang itu yang ingin saya ketengahkan pada post kali ini tetapi ada la sedikit sebanyak kaitan..
Sepertimana yang kita ketahui komunikasi amat penting untuk untuk kehidupan seharian kita. Bangun pagi nk kejutkan adik adik bangun subuh,komunikasi. Nak ajak adik adik solat,komunikasi. Nak solat,komunikasi gak.. Semua memerlukan komunikasi tapi kita perlulah bijak berkomunikasi. Macam saya nk kejutkan adik adik bangun subuh kena cakap elok elok,komunikasi dengan baik.
Sebarkan dakwah juga memerlukan komunikasi yang bijak. Kita nak dakwah orang,nak bagi orang dengar kita,nak bagi orang sedar bukan setakat hari ni sahaja tapi untuk selamanya. Kalau just nk tegur semata mata dan lansung xpeduli perasaan orang macam mana tu? Menegur secara melulu. Contohnya kita dapat tahu seseorang bersalah mungkin terlanggar mana mana syariat islam,adakah kita terus tegur dengan melulu? Tegur tu baik,memang patut kita menegur sesama  saudara bahkan diwajibkan keatas kita saling menasihati jika kita melihat kepada kemungkaran tapi berbalik kepada persoalan saya adakah kita terus tegur melulu sehingga menyebabkan orang lain tersinggung? Kita nak tegur,kita nk menyedarkan saudara kita tapi patutkah kita menyinggungnya? Mengguris hatinya? Begitu kah cara kita nak menyebarkan dakwah?
Contohilah Nabi Muhammad saw dalam berkomunikasi dengan semua umatnya. Baginda menunjukkan contoh yang terbaik dalam berdakwah. Dengan hanya budi pekerti menyampaikan kata kata sudah cukup menarik minat orang orang kafir memeluk islam. Subhanallah. Hebatnya kekasih Allah.
Imam Ahmad telah memberitakan dari putera Sa'ad, sedang ayah Sa'ad sendiri yang menunjukkan jalan ke Rakubah (perjalanan di antara Makkah dengan Madinah). Berkata putera Sa'ad, bahwa ayahku telah menceritakan kepadaku, bahwa Rasulullah SAW bersama-sama dengan Abu Bakar ra. telah singgah di kampungku. Sebenarnya Abu Bakar ra. ingin melihat puterinya yang kecil sedang disusukan di kampung kami dan Rasulullah SAW pula inginkan jalan pendek ke Madinah. Berkata Sa'ad kepada Rasulullah SAW: "jalan melalui Rakubah ini ada dua orang perompak dari suku Aslam, dikenal orang dengan panggilan Dua yang terhina!, jika engkau ingin melalui jalan ini, kami akan menunjukkannya". Rasulullah SAW menjawab: "Tidak mengapa, tunjukkanlah jalannya kepada kami!". Berkata Sa'ad seterusnya: "Kami pun berjalan melalui Rakubah itu, dan apabila kami dilihat oleh dua orang perompak itu, salah seorang mereka berkata kepada temannya: "Ini orang dari Yaman, barangkali!". Apabila kita bertemu dua orang perompak itu, Rasulullah SAW pun menyeru mereka supaya masuk Islam, dijelaskannyalah kepada keduanya tentang agama yang diajarkannya. Akhirnya mereka berdua setuju dan memeluk Islam. "Siapa nama kamu berdua?" tanya Rasuluilah SAW "Nama kami?". Mereka tersenyum."orang panggil kami dua orang yang terhina! Barangkali kerana perbuatan kami yang jahat". "Tidak", jawab Rasuluilah SAW. "Tapi sekarang kamu berdua dipanggil sebagai dua orang yang dimuliakan, kerana telah dimuliakan oleh Islam. Kami sekarang hendak menuju Madinah. Nanti temui kami di Madinah!" Rasulullah SAW berpesan kepada mereka berdua.
(Musnad Ahmad 4:74; Majma'uz-Zawa'id 6:58)
Masya Allah,bijak sungguh kekasih Allah Nabi Muhammad saw. Hanya dengan ucapannya 2 orang perompak telah terbuka hati memeluk islam.. Tapi kenapa kita tidak begitu? Kita lantang bersuara sehingga kadang kadang orang tersinggung dengan ape yang kita cakap. Sudah menjadi fitrah hati itu lembut. Benarlah berkata benar dan menasihati itu kewajipan semua,dalam hadis juga menegaskan “katakanlah yang benar walaupun pahit”.. Bukan niat saya ingin menentang hadis,jauh sekali meragui hadis(Ya Allah,lindungi aku) tapi alangkah baiknya jika kita dapat berkata yang benar tapi enak didengar.. I’Allah,jika kita pandai berkata kata dakwah islam akan mudah tersebar. I’Allah,saya menasihati diri saya juga sebab diri saya tidak sempurna. Saya juga mempunyai sejarah hitam,dimana saya mencari cari sesuatu dalam kegelapan,betapa hinanya saya tapi Thank You Allah..
I wanna thank You for all the things that you’ve done
You’ve done for me through all my years I’ve been lost
You guided me from all the ways that were wrong
I wanna thank You for bringing me home
Alhamdulillah,dalam saya hanyut mengejar duniawi sahabat saya menyedarkan saya dengan kata kata yang baik,kata kata yang memerangkap saya,kata kata yang menyentuh hati saya. Alhamdulillah,Allah utuskan seseorang yang baik kata katanya yang pandai berkomunikasi agar saya sedar dan tertarik… Ya Allah,istiqamahkan hati ku agar menjadi pengemis cintaMu..
I’Allah,semoga kita berjumpa lagi.. Andai ada kekurangan tegur lah sy,I’Allah untuk pedoman bersama..Yang baiknya dari Allah dan yang buruknya datangnya dari saya yang lemah ini.. Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh



Wednesday, November 24, 2010

"QuEstionNare"

Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh
post kali nie just ingin menjawab "QuEstionNare" yg telah d tag oleh "DIAMOND"....jom kita tengok apakah soalannya.. I’Allah..


1. Apa benda penting dalam hidup anda?
** Kalau just ‘benda’ maybe Laptop dan Motosikal Yamaha Lagenda 115 ZR yang baru je sebulan ayah belikan..

2. Benda terahir yang anda beli guna duit anda?
** Alhamdulillah,saya beli kopiah di gerai depan Masjid Muhammadi Kota Bharu,Kelantan.

3. Dimanakah tempat anda akan melangsungkan perkahwinan anda dan apakah temanya nanti?
** I’Allah majlis akad nikah di masjid dan walimatul urus di rumah saya.. I’Allah,saya tidak bersanding kerana apa yang saya pelajari setakat(amat amat sedikit Ilmu saya) masih lagi menghalang saya untuk bersanding. Tidak tahu pula kalau2 ada pendapat lain,I’Allah kalau saudara saudara ada pendapat lain sila beri komen.. I’Allah.. Tema je xtau yang pasti aurat tertutup full.. I'Allah..

4. Adakah anda sedang bercinta sekarang?
**I’Allah,pemilik cintaku setelah Allah dan Rasul ialah ibu bapa saya.. Cinta pada kaum hawa? I’Allah pada Jodoh yang Allah kurniakan iaitu Isteri saya yang halal untuk saya..

5. Berapa lama anda akan mencintai kekasih anda?
** Kekasih yang dimaksudkan itu I’Allah pada Isteri saya.. I’Allah bercinta hingga ke Syurga Allah.. Menjadi yang terbaik untuknya,I’Allah Suami terbaik untuknya..

6. Dimana anda selalu jumpa kekasih anda?
**Macam mana nak berjumpa sedangkan belum mempunyai..

7. novel/majalah/buku terakhir dibeli?
**Farmakologi Ubat – kamus ubat

8. Apakah nama penuh anda?
**Alhamdulillah,nama terbaik yang ayah saya bagi untuk anak sulungnya yakni “Aiman bin Hashim” yang bermaksud “yang Bertuah”

9. Antara mak dengan ayah yang mana anda lebih mesra?
** Sudah menjadi lumrah dunia,saya sebagai lelaki mestilah akan mesra dengan berlainan jantina.. Jadi sy lebih mesra dengan mak saya.. Adapun begitu saya tetap sayang ayah saya.. paling tepat saya sayang ibu bapa saya..

10. Namakan orang yang anda betul2x nak jumpa dalam hidup anda?
**I’Allah saya nak berjumpa dengan Mursyidul Am PAS@Menteri Besar Kelantan yakni Tok Guru Nik Aziz Nik Mat

11. Adakah anda basuh baju anda sendiri?
**Alhamdulillah,saya basuh sendiri semua baju baju saya sebab saya xsuka orang basuh baju saya.. hehe

12. Dimanakah tempat anda betul2x nak pergi?
** I’Allah saya nak menunaikan haji di makkah bersama mak dan ayah saya dan I’Allah juga bersama jodoh saya.. Saya juga ingin berbulan madu di Turki.. I’Allah

13. pilih satu "peluk" atau "cium"?
** “atau”


14. Beritahu 3 benda tentang orang yang beri tag.
**Panggilnya Ayu,blajar di IPGI Bangi dan sekarang dah gemuk(dulu kurus je)

15. lima benda yang disayangi dalam hidup anda.
1.     Laptop
2.     Handphone
3.     Motosikal
4.     I/C card
5.     Matrik Card
16. lagu yang anda suka dan selalu dengar.
1.     Qasidah Burdah     - Kamal Uddin
2.     Permataku               - Mirwana
3.     Albi Nadak                - Fares
4.     Mengemis Kasih     - Nazrey johani ft  Far East
5.     Semua Lagu             - Maher Zain
17. bila tarikh lahir dan kt maner korang sambuttahun lepas?
**27 march.. Sambut di depan laptop sorang sorang dalam hostel.. Pasang lagu Happy Birthday – The Click Five.. Sedih tau sambut sorang2…..

Alhamdulillah selesai sudah jawab semua soalan…  Assalamu'alaikum Warahmatullahi Wabarakatuh..

“Agungnya Allah,Maha Mengetahui Tiap Yang Terjadi…”


Assalamulaikum dan bertemu kembali. Alhamdulillah,maha suci tuhan yg mencipta langit dan bumi. Petang tadi semasa ibu sy nk pinjam motor sy iaitu Lagenda 115 ZR yang baru sahaja keluar kat pasaran untuk membeli sayur telah berlaku satu kisah yang bagi sy sangat menyedihkan tapi banyak mengajar sy erti kedewasaan dan sebagai bukti yang Allah mencipta sesuatu dengan sebabnya yang tersendiri dan ada hikmah di sebalik yang terjadi.
Cerita begini,hari ini adik lelaki sy yang agak nakal sedikit(macam abgnya) keluar dengan motor secara senyap senyap. Tengok tengok motor dah takde. Die keluar dengan motor lama ibu saya(xbagi moto sy.. Xharap!HEHEHE) dalam waktu yang sama juga ibu kesayangan saya,nak keluar beli sayur tapi motor xde. Apalagi sy dengan solehnya(I’Allah) bagi la motor kesayangan sy ni.. w’pun dalam hati kecil sy ini sy ingin bersiar siar dengan adik bongsu kesayangan sy,Tabrani Hashim ke pantai tapi demi ibu yang tercinta sy merelakan motor itu disampingnya.. Cheewaahh..!! hehe.. Untuk pengetahuan saudara saudara motor saya dilengkapi dengan sistem alarm..
Sedang saya mengelamun memikirkan result saya yang bakal keluar minggu depan(hati bukan main risau lagi) ade kawan saya datang ke rumah dan menyampaikan pesanan ibu saya yang motor saya terpasang Alarm.. Dalam hati sy,”xkan xleh tutup kot alarm,senang je tekan je butang mane mane senyap la motor tu” tapi disebabkan firasat saya mengatakan yang ibu saya memerlukan saya lantas saya pakai seluar(sebelum tu pakai kain) dan bergegas dengan superbike ayah saya..(hehehehe)
Sampai je saya ke pasar sayur saya tengok motor saya diam je.. Dalam hati sy,”senyap pun,hish.. Rugi je datang” so,saya cari la mana ibu saya.. Tiba tiba saya tengok orang ramai mengerumi sesuatu.. Saya mula rasa xsedap hati,minta jauh semua perkara buruk.. Saya pun dekati la… Ya Allah.. Ada budak kecil yang ‘nyetok’ atau dalam surat orang cakap otot kejang ek? Maybe kot… Dalam ramai ramai tu sy tengok ibu saya la yang memainkan peranan membantu budak kecil tu,basahkan budak tu dengan air.. Saya rasa budak itu dalam lingkungan 2 tahun rasanya.. kecil lagi.. kasihan sangat sangat.. Maka dari situ timbul la naluri perubatan dalam kepala saya sesuai dengan saya iaitu Pelatih Penolong Pegawai Perubatan.. Ya Allah,cemasnya waktu itu hanya Allah saja yang tahu.. Ibu bapa budak tu ade bersama tetapi kasihan sangat kerana kedua duanya agak lurus dan tidak berpengetahuan.. Subhanallah,lagi la saya sedih dengan budak tu. Ape yang saya buat? Masa tu datang la semua ilmu-ilmu yang diajar pensyarah saya(Alhamdulillah)
1.     Pastikan saluran pernafasannye tidak terhalang
2.     Elakkan pesakit memegang benda yang tajam
3.     Biasanya pesakit akan mengigit bibir atau lidah jadi letak benda yang lembut seperti kain atau benda yang lembut-pastikan saluran pernafasan tidak tersumbat
Tapi!! Dengan suasana macam tu memang mencemaskan ,ditambah pula dengan tangisan ibunya yang memang tak tahu nak buat ape..  Untuk pengetahuan saudara semua mereka berdua memang dalam perjalanan ke hospital tetapi motor diorang rosak ditengah jalan.. Nasib baik motor rosak betul betul dihadapan pasar sayur tu kalau rosak di tengah bendang macam mana? Dengan waktu sekarang yang hujan tak menentu cmni? Subhanallah,maha suci Allah yang mencipta segala galanya bersebab.. ibu saya la yang membasahkan badan dan kepala budak itu dengan air dan memang saya bersetuju dengan caranya.. Dalam keadaan cemas camtu memang tak tau nk buat ape dah.. Ibunya asyik terhuyung hayang cemas.. Memang kesian sangat pada keluarga ini.. Tapi Allah menjadikan sesuatu pasti ada hikmahnya.. Alhamdulillah,saat budak itu dah sedar tapi still panas.. saya syak high fever.. Motor dia yang rosak tu boleh hidup.. Alhamdulillah.. Apa lagi,saya nasihatkan terus pergi ke hospital.. Hospital terdekat Hospital Tumpat yang lebih kurang 5 km gak.. Pergi la diorang ke hospital. Tapi entah kenapa sekali lagi hati saya berasa tidak selesa. Saya minta izin dengan ibu saya untuk mengekori pasangan tadi ke hospital sebab saya bimbang motor diorang rosak lagi. Saya pun pergi dengan Kereta kepunyaan ayah saya. Best gak bawak keta ek.. hehe
Sangkaan saya ternyata benar,motor diorang rosak lagi. Alangkah sedihnya saya sampai menitis air mata. Saya menumpangkan isterinya ke hospital manakala suaminya cuba membaiki motor usangnya(alangkah sedihnya).. Dalam perjalanan tu kali pertama saya drive laju.. wuishh.. fikir balik bahaya gak laju laju,tapi keadaan yang memaksa.. Sampai je hospital terus saya suruh kakak tu masuk dalam unit kecemasan lepas saya daftar,keadaan hospitan memang ramai orang tapi Allah mempermudahkan urusan kami,giliran kami cepat. Mungkin juga disebabkan staf staf disana kenal saya akibat pernah praktikal disana tapi yang paling utama Allah la yang menolong kami.
Alhamdulillah,budak kecil itu mendapat rawatan yang selanjutnya.. tidak lama kemudian suaminya sampai dan masuk dalam unit kecemasan. Betapa kasih sayang ibu bapa kepada anak melebihi segalanya. Sayangi la ibu bapa kita.. saya sayang ibu dan ayah saya.. Diorang la pemilik cinta sy selepas Allah dan Rasul. Tapi kan,kalu difikirkan balik,semua kejadian di atas merupakan suatu kebetulan yang Allah rancang.. Pertama sekali motor ibu saya adik saya guna maka ibu saya mestilah nak guna motor saya dan di pasar ibu saya panggil saya sebab alarm moto saya terpasang sedangkan dengan sekali tekan saja dah boleh mematikan alarm tersebut tapi Allah dah rancang semua tu.. Masya Allah.. Agungnya kuasa Allah.. Mencipta sesuatu kerana ada hikmahnya.. Ya Allah,insafnya.. sungguh cuti ini banyak mengajar aku sesuatu… Ya Allah,terima la taubatku….